Selamat datang ke Pasar Tani Negeri Melaka | Selamat berhujung tahun 2015. Semoga tahun 2016 menjadi lebih baik untuk kita...

Isnin, 2 Disember 2013

Karnival Muhibbah UiTM Kampus Bandaraya Melaka 2013


Pada 30 November 2013 (Sabtu), telah diadakan Karnival Muhibbah di Pasar Tani UTC Melaka. Ianya bermula sekitar jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Sebahagian warga UiTM Kampus Bandaraya Melaka serta orang awam telah memenuhi dan menyertai program anjuran siswa siswi Semester Tiga, Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi.

Pelbagai pameran dan gerai jualan diadakan yang terdiri dari kalangan pelajar UiTM sendiri serta para peniaga luar, selain daripada para peniaga yang sedia ada di Pasar Tani UTC Melaka. Yang menjadi acara kemuncak karnival ini ialah slot bersama Imam Muda Hassan Adli dan Imam Muda Fakhrurrazi. 

Karnival ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Melaka, iaitu Prof. Madya Dr Mohd Adnan Hashim, Timbalan Pengarah FAMA Negeri Melaka dan Pengerusi Pasar Tani UTC Melaka Iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhammad Arshad yang juga merangkap Pengerusi Pasar Tani Peringkat Negeri Melaka dan Kebangsaan.


Semasa majlis pelancaran Karnival Muhibbah


 
Sebahagian gerai jualan yang telah dibuka seawal jam 8.00 pagi

 
Tetamu VIP melawat gerai jualan di Pasar Tani UTC Melaka

 
Encik Jamaluddin (Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan, Negeri Melaka dan UTC Melaka) sedang menemani tetamu dari UiTM Melaka dan Timbalan Pengarah FAMA Melaka menjamu juadah yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri maklumbalas yang berkaitan dengan artikel sahaja. Jika komen tidak berkaitan, ia akan dipadamkan dan sekiranya melampaui batas laporan akan dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...