Selamat datang ke Pasar Tani Negeri Melaka | Selamat berhujung tahun 2015. Semoga tahun 2016 menjadi lebih baik untuk kita...

Ahad, 6 Oktober 2013

Medan Selera Pasar Tani UTC Melaka

 

Pasar Tani UTC Melaka adalah satu-satunya pasar tani di Malaysia yang beroperasi tetap secara berturutan dari hari Isnin hingga hari Sabtu, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam  Selain dari mempunyai pentas acara, gerai menjual sayur-sayuran, barangan runcit masakan, pakaian, barangan IKS dan cenderamata, Pasar Tani UTC Melaka juga mempunyai gerai makanan dan minuman yang menjual pelbagai jenis menu yang boleh memenuhi selera masyarakat setempat.

 
Gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian, pelbagai jenis aksesori dan  cenderahati


 Deretan gerai di pintu gerbang masuk ke Pasar Tani UTC Melaka

Walaupun medan selera ini mengikut waktu normal operasi pasar tani, namun waktunya akan dilanjutkan sekiranya ramai pengunjung yang hadir menjamu selera di sini. Makan dan minum di sini adalah sangat santai dan menenangkan perasaan terutamanya pada waktu malam, ditambah lagi dengan pokok yang rimbun dihiasi dengan lampu hiasan yang menarik.  

Suasana Medan Selera Pasar Tani UTC Melaka


Sesekali setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu, akan ada kumpulan muzik basking membuat persembahan di pentas acara untuk menghiburkan pelanggan medan selera. Jika anda berminat untuk cuba menyanyi bersama "live band" ini pun amatlah dialu-alukan. Ada harinya akan diselangi dengan sesi karaoke terbuka.

Kumpulan Urband Speakers di Pentas Acara Pasar Tani UTC Melaka

2 ulasan:

Sila beri maklumbalas yang berkaitan dengan artikel sahaja. Jika komen tidak berkaitan, ia akan dipadamkan dan sekiranya melampaui batas laporan akan dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...