
Muzik basking ini secara umumnya difahami ialah sekumpulan ahli muzik
yang bermain pelbagai peralatan muzik di jalanan. Namun pada masa kini
taraf kumpulan basking di Malaysia telah diangkat dan diiktiraf bakat
mereka dari bermula dengan bermain muzik di tepian jalan atau persiaran
awam kepada memenuhi undangan ke majlis-majlis keraian, malah ada juga
yang mendapat undangan untuk bermain di majlis makan malam anjuran
agensi kerajaan.
Namun pada malam 27 dan 28 September 2013, jam 9.00 malam, tercipta sejarah tersendiri apabila kumpulan basking yang bernama "Urband Speakers" telah dijemput khas untuk membuat persembahan muzik. Secara tidak rasminya mereka bersetuju untuk terus membuat persembahan setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula dari pukul 9.00 malam.
Ini merupakan sebahagian pembaharuan dan kelainan yang diadakan oleh komuniti pasar tani di sini untuk menghiburkan para pengunjung yang hadir membeli belah dan menjamu selera di sini.
Urband Speakers ketika membuat persembahan di pentas
Pasar Tani UTC Melaka
Encik Jamaluddin selaku Pengerusi Pasar Tani UTC Melaka,
merangkap Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka sedang memberi motivasi
kepada bakat-bakat muda dari kumpulan basking ini
Jamuan khas untuk mereka disediakan bagi menghargai kesudian mereka
bermain muzik berkonsepkan basking di pentas Pasar Tani UTC Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila beri maklumbalas yang berkaitan dengan artikel sahaja. Jika komen tidak berkaitan, ia akan dipadamkan dan sekiranya melampaui batas laporan akan dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.